*First post~~~huuu*
Bismillah, Assalamualaikum semua.
Blog ni aku buat saja nak cerita pengalaman/life cycle kat matrik ni, mana tahu kot boleh buat rujukan atau bagi korang (adik-adik SPM '14) imagine hidup kat sana macam mana supaya boleh buat pilihan kat mana nak sambung belajar nanti. Sekarang tengah cuti sem, ada la masa sikit nak menulis, kalau tidak memang tak lah. tak sempat haha. Ada seminggu lagi sebelum masuk sem 2 T_T. By the way, 'aku' ok kot kan? hehe
INTRODUCTION
Kat KMPP (Kolej Matrikulasi Pulau Pinang) ni, aku ambil course akaun. dekat sini, student akaun minority je, sains yang ramai. Akaun dalam 400 lebih macam tu daripada 2000 untuk sesi 2015/2016 la. katanya, batch kali ni paling sikit student, kalau tidak sebelum ni 3000-4000 orang ada kot?
Mungkin sebab kali ni ramai minta STPM/STAM/ASASI/DIPLOMA/IPTS/IPG sebab susah nak score katanya masuk matrik? Haaaa, ni nak bagitau ni, belum masuk jangan kata apa-apa, experience dulu sendiri. lain orang lain gayanya kan.
Ok, mula-mula masuk, macam biasa la, daftar-daftar, ambil kunci, kemas2 bilik, almari dan siap-siap untuk aktiviti seterusnya. masa ni la start hidup berdikari. masa ni la mula nak 'homesick' padahal mak ayah baru je start engine nak balik. rasa macam kita pun nak ikut balik. masa ni la mata berkolam-kolam hahahaha *aku la tu ceh*. Masa ni la rasa macam "ee betul ke ni nak masuk matrik betul ke ni....ee dah daftar ni rasa macam nak cancel la pulak..aduhh betul ke ni..". Ok tu perkara biasa je. first masuk memang akan rasa macam ni. tapi perasaan ni kalau lagi dilayan memang tak sudah.
Lepastu buat apa pulak? Haaa tunggu next entry noh, insyaAllah banyak lagi ni nak cerita. baru INTRODUCTION kot!